Monday, November 28, 2011

maal hijrah - refleksi dalam diri

salam awal muharram , salam maal hijrah...

          Mengimbau kembali saat perit jerih baginda Rasulullah SAW dan para sahabat dalam misi penghijrahan sudah cukup menyentuh hati. Betapa besar pengorbanan baginda dan para sahabat  dalam usaha meletakkan Islam di tempat yang haq membuatkan saya terfikir sejauh manakah rasa bersyukur kita di atas pengorbanan mereka ? Adakah cukup sekadar merasa bangga dengan agama ini. Benar, kita memang harus berbangga dengan Islam kerana inilah satu-satunya agama di sisi Allah.

           Namun, bagaimana pula refleksi diri kita sebagai seorang yang mengaku diri sebagai pengikut baginda Rasulullah SAW ? Apakah kita sudah merasa cukup dengan hanya mengerjakan sunnah dan ajaran baginda sebagai penghargaan terhadap pengorbanan tersebut ? Adakah cukup sekadar kita sahaja yang faham apa itu Islam ? Bagaiman pula sahabat-sahabat yang kita pernah ungkapkan ukhuwafillah kepada mereka ? Benarkah kita bersahabat hanya kerana Allah ?

        Bagaimana mungkin kita merasa cukup dengan kefahaman Islam yang kita ada sedangkan masih ramai sahabat-sahabat di kampus mahupun di luar sana yang masih mencari hala tuju hidup. Hala tuju hidup yang saya maksudkan bukanlah cita-cita dan kerjaya yang di'ideologi'kan oleh Barat, tapi mereka masih tidak jelas akan bagaimana matlamat yang Islam gariskan. Berbalik kepada soal akidah, itulah puncanya hilang kefahaman dan syi'ar Islam di man-mana sekalipun hari ini.



         Begitulah juga sebuah pohon. Lihat sahaja akarnya, kita sudah boleh teka bagaimana teguhnya pokok itu. Sekiranya akarnya tunjang, pokok itu mengabil masa yang agak lama untuk membesar. Namun, hasilnya, Subhanallah...angin mahupun ribut tak dapat menumbangkannya. Meskipun dicabut juga sangat sukar.
Akar yang serabut pula tumbuh lebih cepat. Tetapi, pohonnya mudah dicabut dengan tangan, senang ditumbangkan angin sepoi-sepoi bahasa.


        Justeru, ayuh kita reflek diri. Ambillah i'tibar dari pengorbanan baginda Rasulullah dan para sahabat kerana ni'mat yang terbesar selepas ni'mat iman dan Islam adalah ni'mat kefahaman yang sebenar-benarnya dalam agama. Sekian, moga tahun baru ini kita lalui dengan penghijrahan berdasarkan reflektif diri.

Friday, October 28, 2011

Santai : Bila diri disayangi

Salam seindah salam...

 Mungkin ramai yang tak sedar bahawa lagu-lagu Melayu zaman 90-an banyak menyemai cinta ketuhanan meskipun genre 'rock' sangat digilai pada mase tu. Antara lagu fav yang ingin dikongsikan ialah lagu yang sentiasa menjadi siulan anak muda sehingga sekarang. Apa kata kita cuba selami maksud yang sangat bernilai di sebalik lagu ni.






Ukays ~ Bila diri disayangi

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir


Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan
Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa,
Keagungan kasih
Merubah takdir


Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan
Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan
Kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa,
Keagungan kasih
merubah takdir

Keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir


***credit untuk UKAYS...wallahua'alam

Sunday, September 25, 2011

Surau Manbaul 'Ilmi


   MASJID merupakan rumah Allah. Kerana itulah, kesucian dan kemuliaannya hendaklah dipelihara. Segala amalan atau perkara yang dianggap boleh mencemarkan kesucian dan kemuliaan masjid tidak boleh dilakukan di dalam masjid. 


   Apa kata kita imbau kembali beribu tahun dahulu, di saat masjid mula-mula di bina oleh baginda Rasulullah SAW. Jika dilihat dari segi bentuk fizikal masjid pada zaman Rasulullah SAW, ternyata sifatnya tidak seperti sifat masjid yang dibina di negeri umat Islam pada masa kini. Pada zaman itu, masjid didirikan daripada pelepah tamar dan atapnya daripada daun kurma dan apabila sujud debu melekat pada dahi.
 

   Ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, langkah pertama baginda ialah membina masjid. Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah ialah Masjid Quba. Masjid ini didirikan secara bergotong-royong di atas sebidang tanah kepunyaan dua anak yatim. Keadaan masjid itu sangat sederhana, hanya dikelilingi tembok batu bata yang diperbuat daripada tanah liat dan berlantaikan pasir (Shalaby, Ahmad. Perbandingan Agama Islam hlm: 77)
 

   Seterusnya Masjid Nabawi di bina di Madinah. Jelasnya kedua-dua masjid itu dibina atas dasar ketakwaan selayaknya yang dijelaskan dalam firman Allah: "Janganlah engkau sembahyang di masjid itu (yang dibina oleh orang munafik) selama-lamanya kerana sesungguhnya Masjid Quba yang didirikan atas dasar takwa dari mula (wujudnya), (maka) sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya..."– (Surah Al-Taubah, ayat 108).
 


Di antara fungsi masjid pada zaman Rasulullah ialah:
 

1.Tempat ibadat, terutama sembahyang berjemaah.
 

2.Tempat pembentukan peribadi umat Islam atau dalam erti kata lain masjid adalah pusat pendidikan Islam.
 

3.Pusat perkembangan ilmu pengetahuan kerana masjid tempat ilmu pengetahuan disampaikan baik dalam bidang akidah, syariat dan akhlak.
 

4.Tempat wahyu diturunkan dan sebagai tempat wahyu disampaikan kepada sahabat.
 

5.Pusat kegiatan kesusasteraan dan persuratan Islam. Ada sahabat yang menyampaikan syairnya dalam masjid.
 

6.Pusat kegiatan sosial dan kehakiman dalam perkara yang berkaitan dengan nikah kahwin dan penyelesaian masalah umat Islam.
 

7.Tempat letaknya Baitulmal .

8.Tempat persinggahan musafir dan tempat menyambut tetamu.
 

9.Lambang persaudaraan dan perpaduan umat Islam kerana setiap hari lima kali umat Islam bertemu dengan tujuan yang sama tanpa mengira kedudukan dan keturunan.
 

10.Tempat membuat perisytiharan kepada umat termasuk perisytiharan pelantikan khalifah (Abu Shuhbah, al-Sirat Nabawiyyat Fi al- Qur'an Wa al-Sunnat jld: 2 hlm: 31).
 


   Di sesetengah rumah solat hari ini, fungsi dan peranan masjid sebagaimana pada zaman keagungan Islam dulu tidak lagi dilaksanakan.
 

   Meskipun begitu,  tidak bererti bahawa institusi masjid tidak mampu berperanan dalam hal berkenaan.
 

   Masjidlah seharusnya menjadi pusat penyebaran syiar Islam di sesuatu tempat, khususnya UPM sendiri.
   Apa kata jom kita buat perbandingan antara surau dahulu dan sekarang dari beberapa sudut.


Surau di Zaman Rasulullah SAW
Surau Zaman kini
LANTAI
Pasir
Mozek, Jubin
ATAP
Daun kurma
Syiling
TEMBOK
Batu bata, pelepah tamar
Simen
UDARA
Sekitar
Kipas, air-cond.
AZAN
Suara lantang
Microphone

Dan oleh kerana kelebihan dari sudut facilities yang sudah sangat maju dan selesa ini, saya sangat berbesar hati ingin memperkenalkan Surau Kolej Kedua, Surau Manbaul ‘Ilmi.
Kedudukannya yang strategik yang berada betul-betul di bawah pejabat pentadbiran Kolej Kedua, menjadikan surau ini tidak pernah lekang dengan kehadiran pelajar-pelajar kolej tersebut. Disamping kelengkapan seperti air-condition dan tandas yang selesa dan bersih, surau ini juga turut dihiasi dengan hiasan dalaman seperti kabinet dan rak buku serta penyidai telekung bagi muslimat. 
Dan apa yang paling penting bahagian penggerak Kerohanian dan Sahsiah Kolej sentiasa memikirkan program-program  yang membina agar Surau Manbaul ‘Ilmi ini terus diimarahkan. Sebagai saudara Islam setempat, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada mereka kerana apa yang paling penting adalah 'hangat'nya Surau Manbaul I'lmi dengan jemaah yang ramai dan imarahnya jemaah di sarau kita. Jazakallahukhoirankathiro.
























Oleh itu, ayuhlah kita bersama mengimarahkan Surau Manbaul 'Ilmi kerana jika bukan kita, pelajar-pelajar Islam yang mengimarahkan surau, siapa lagi yang kita ingin harapkan untuk menjadi penghuni surau ini?...wallahua'alam

Thursday, May 5, 2011

rindu ibu...




Kau menyayangiku
Kau menyayangiku

Seperti bumi

Menyayangi titah tuhanmu

Tidak pernah letih 

Menanggung beban derita 

Tidak pernah penat

Menghisap luka

Kau menyayangiku seperti matahari

Menyayangi titah Tuhannya

Tidak pernah letih

Membahagi cerah cahayanya

Tidak pernah letih menghangatkan jiwa

Kau menyayangiku

Seperti air

Mencintai titah Tuhanmu

Tidak pernah letih

Membersihkan lara

Tak pernah letih menyejukkan dahaga

Kau menyayangiku

Seperti bunga

Mencintai titah Tuhannya

Tak pernah letih

Menebar mekar aroma bahagia

Tak pernah letih







Buat ibuku yang tersayang.
Jasamu tak terbalas oleh ku ibu.
Ku pohon kepada Allah agar rahmati dirimu ibu..





Wednesday, April 27, 2011

Rajawalian di'shuffle'kan ?

Salam ukhuwah, salam sayang...


Alhamdulillah yang tidak terhingga kerana berkat anugerah uspot dari-Nya, dapat kami online setelah hampir berminggu2 menyepi.


Isu nama2 penghuni Kolej Kedua di'shuffle'kan memang semua orang dah tahu tapi semakin senyap, mungkin sebab final exam. Pertama kali mendengar berita ini, sejujurnya saya sangat sedih. Mane tak nye, sahabat2, coursemate2 yang kita cuba adapt berbulan2 bulan lamenye mungkin akan kita dinggalkan. Sememangnya, untuk mewujudkan keserasian dengan persekitaran menjadi satu task yang mudah bagi sesetengah pihak tetapi ianya TIDAK MUDAH untuk pihak yang selebihnya.


Meskipun hal ini mengundang ketidakpuasan di fikiran saya, saya kembali berfikir sejenak dan merenung. Mungkin ada baiknya perkara ini walaupun kita belum nampak kepentingannya lagi. Apa yang pasti, Allah itu lebih tahu akan apa yang terbaik untuk kita. Ini pasti, kerana selagi kita bertaqwa dengan bersungguh-sungguh dengan-Nya, Allah pasti akan memberikan hanya yang terbaik untuk kita.


" Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Maksud ayat [Surah al-Baqarah : 216]


Begitulah juga sebaliknya, jika hal itu tidak baik untuk kita, Allah pasti tidak akn mengizinkannya berlaku ke atas kita kerana Rasulullah SAW seringkali berpesan dan menegaskan bahawa


" Tiada daya dan kekuatan melainkan hanya dengan (izin Allah)"


Oleh itu, seharusnya kita sedar bahawa Allah lebih tahu akan yang terbaik untuk diri kita kerana Dia lah Yang Maha Pencipta. Dan apa yang paling penting, apa-apa perkara pun tidak akan terjadi tanpa izin Allah. Percayalah dengan janji-janji Allah.


Ingin dikongsikan bersama di sini, sebuah movie singkat yang menggabungkan junior2 Rajawali. Movie yang bertajuk Pengorbanan ini mengangkat Ziela Lala sbg watak utama dan Moshi sbg Pengarah.
Roomate saya n Rajawalian laen pun ade mencapap dalam video ni.
Saya? Siapa pandai cari, dia jumpa...




tq semua ya..luv u all