Sunday, September 25, 2011

Surau Manbaul 'Ilmi


   MASJID merupakan rumah Allah. Kerana itulah, kesucian dan kemuliaannya hendaklah dipelihara. Segala amalan atau perkara yang dianggap boleh mencemarkan kesucian dan kemuliaan masjid tidak boleh dilakukan di dalam masjid. 


   Apa kata kita imbau kembali beribu tahun dahulu, di saat masjid mula-mula di bina oleh baginda Rasulullah SAW. Jika dilihat dari segi bentuk fizikal masjid pada zaman Rasulullah SAW, ternyata sifatnya tidak seperti sifat masjid yang dibina di negeri umat Islam pada masa kini. Pada zaman itu, masjid didirikan daripada pelepah tamar dan atapnya daripada daun kurma dan apabila sujud debu melekat pada dahi.
 

   Ketika Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, langkah pertama baginda ialah membina masjid. Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah ialah Masjid Quba. Masjid ini didirikan secara bergotong-royong di atas sebidang tanah kepunyaan dua anak yatim. Keadaan masjid itu sangat sederhana, hanya dikelilingi tembok batu bata yang diperbuat daripada tanah liat dan berlantaikan pasir (Shalaby, Ahmad. Perbandingan Agama Islam hlm: 77)
 

   Seterusnya Masjid Nabawi di bina di Madinah. Jelasnya kedua-dua masjid itu dibina atas dasar ketakwaan selayaknya yang dijelaskan dalam firman Allah: "Janganlah engkau sembahyang di masjid itu (yang dibina oleh orang munafik) selama-lamanya kerana sesungguhnya Masjid Quba yang didirikan atas dasar takwa dari mula (wujudnya), (maka) sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya..."– (Surah Al-Taubah, ayat 108).
 


Di antara fungsi masjid pada zaman Rasulullah ialah:
 

1.Tempat ibadat, terutama sembahyang berjemaah.
 

2.Tempat pembentukan peribadi umat Islam atau dalam erti kata lain masjid adalah pusat pendidikan Islam.
 

3.Pusat perkembangan ilmu pengetahuan kerana masjid tempat ilmu pengetahuan disampaikan baik dalam bidang akidah, syariat dan akhlak.
 

4.Tempat wahyu diturunkan dan sebagai tempat wahyu disampaikan kepada sahabat.
 

5.Pusat kegiatan kesusasteraan dan persuratan Islam. Ada sahabat yang menyampaikan syairnya dalam masjid.
 

6.Pusat kegiatan sosial dan kehakiman dalam perkara yang berkaitan dengan nikah kahwin dan penyelesaian masalah umat Islam.
 

7.Tempat letaknya Baitulmal .

8.Tempat persinggahan musafir dan tempat menyambut tetamu.
 

9.Lambang persaudaraan dan perpaduan umat Islam kerana setiap hari lima kali umat Islam bertemu dengan tujuan yang sama tanpa mengira kedudukan dan keturunan.
 

10.Tempat membuat perisytiharan kepada umat termasuk perisytiharan pelantikan khalifah (Abu Shuhbah, al-Sirat Nabawiyyat Fi al- Qur'an Wa al-Sunnat jld: 2 hlm: 31).
 


   Di sesetengah rumah solat hari ini, fungsi dan peranan masjid sebagaimana pada zaman keagungan Islam dulu tidak lagi dilaksanakan.
 

   Meskipun begitu,  tidak bererti bahawa institusi masjid tidak mampu berperanan dalam hal berkenaan.
 

   Masjidlah seharusnya menjadi pusat penyebaran syiar Islam di sesuatu tempat, khususnya UPM sendiri.
   Apa kata jom kita buat perbandingan antara surau dahulu dan sekarang dari beberapa sudut.


Surau di Zaman Rasulullah SAW
Surau Zaman kini
LANTAI
Pasir
Mozek, Jubin
ATAP
Daun kurma
Syiling
TEMBOK
Batu bata, pelepah tamar
Simen
UDARA
Sekitar
Kipas, air-cond.
AZAN
Suara lantang
Microphone

Dan oleh kerana kelebihan dari sudut facilities yang sudah sangat maju dan selesa ini, saya sangat berbesar hati ingin memperkenalkan Surau Kolej Kedua, Surau Manbaul ‘Ilmi.
Kedudukannya yang strategik yang berada betul-betul di bawah pejabat pentadbiran Kolej Kedua, menjadikan surau ini tidak pernah lekang dengan kehadiran pelajar-pelajar kolej tersebut. Disamping kelengkapan seperti air-condition dan tandas yang selesa dan bersih, surau ini juga turut dihiasi dengan hiasan dalaman seperti kabinet dan rak buku serta penyidai telekung bagi muslimat. 
Dan apa yang paling penting bahagian penggerak Kerohanian dan Sahsiah Kolej sentiasa memikirkan program-program  yang membina agar Surau Manbaul ‘Ilmi ini terus diimarahkan. Sebagai saudara Islam setempat, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada mereka kerana apa yang paling penting adalah 'hangat'nya Surau Manbaul I'lmi dengan jemaah yang ramai dan imarahnya jemaah di sarau kita. Jazakallahukhoirankathiro.
























Oleh itu, ayuhlah kita bersama mengimarahkan Surau Manbaul 'Ilmi kerana jika bukan kita, pelajar-pelajar Islam yang mengimarahkan surau, siapa lagi yang kita ingin harapkan untuk menjadi penghuni surau ini?...wallahua'alam