Friday, March 25, 2011

Diet Seimbang Dan Awet Muda Titipan Rasulullah SAW

~Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani~

Kita selalu mengaku Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik namun pada hakikatnya selalukah kita mengikut setiap sunnah yang diajarkan baginda? Selain daripada solat tahajjud, qiamullail dan bertadarus yang merupakan sunnah utama  baginda, setiap gerak laku yang baginda lakukan adalah sangat sempurna kerana sesuai dengan tujuan Rasulullah SAW di utuskan di muka bumi ini sebagai pelengkap akhlak seluruh umat manusia.




Salah satu aspek yang sangat penting dan boleh kita kaitkan dengan timbulnya pelbagai penyakit pada hari ini adalah ketidakseimbangan permakanan yang kita ambil setiap hari. Di sini saya suka untuk berkongsi diet permakanan dan awet muda Rasulullah yang saya kumpul dari pelbagai sumber. Saya juga tidak lupa untuk mendidik diri ini di samping mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk sama-sama mengamalkan amalan permakanan seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW, Habibullah. Hal ini kerana kita berpegang  di dalam rukun iman keempat bahawa setiap perlakuan, pertuturan dan amalan Rasulullah SAW adalah apa yang diilhamkan oleh Allah SWT.

1. MADU
Rasulullah SAW amat menyukai meminum madu dicampur dengan air sejuk sebelum sarapan. Dengan meminum madu sebelum bersarapan memberikan manafaat yang banyak. Madu akan masuk kedalam perut yang kosong. Dalam keadaan ini, tubuh sangat memerlukan zat gula. Oleh itu, jika madu diminum sebelum sarapan, maka zat gula itu akan mula-mula masuk kedalam tubuh. Adapun kegunaan mencampurkan madu dengan air sejuk adalah untuk membantu saluran dan alat penghadaman supaya dapat mencernakan madu itu dalam masa yang singkat. 

Di dalam sunnan Ibni Majah terdapat satu hadis marfu’ yang telah diriwayatkan Abu Hurairah R.A. yang bermaksud 
“Sesiapa memakan madu 3 kali sebulan pada waktu pagi, dia tidak akan ditimpa penyakit yang berat.” 

Apabila madu diminum dengan cara ini, madu itu akan memberi kekuatan kepada tubuh guna membenteras berbagai-bagai jenis penyakit. 

2. KURMA
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: 
“Barangsiapa yang memakan tujuh biji kurma (dari kualiti yang baik) maka ia tidak akan kelemahan dan kelaparan pada hari itu.” 

Anas bin Malik r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersarapan dengan kurma-kurma yang masih segar, sebelum melakukan solat. Jika tidak dengan kurma-kurma yang segar, maka dengan kurma-kurma yang kering, jika tidak dengan kurma-kurma yang kering, maka baginda SAW akan minum beberapa teguk air. 

Rasulullah SAW juga menekankan agar makan malam walaupun dengan segenggam kurma kering. 

3. MAKAN MALAM
Jangan sesekali tinggal makan malam. Sesiapa yg meninggalkan makan malam dia akan cepat tua dan kolesterol dalam badan akan bergandaRasulullah SAW telah bersabda: 
“Meninggalkan makan malam membuatkan seseorang itu cepat tua.” 


4. TIDAK MAKAN GABUNGAN MAKANAN YANG TIDAK SEPADAN

 SUSU + DAGING
DAGING + IKAN
IKAN + SUSU
AYAM + SUSU
IKAN + TELUR
IKAN + DAUN SALAD
SUSU + CUKA
BUAH + SUSU (Contoh : KOKTEL)


5.  BUAH DAHULU BARU NASI
Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

6. TIDUR SELEPAS MAKAN ?
Tidur 1 jam setelah makan tengah hari. Makan tengahari je tau…

7. MANDI DI AWAL PAGI
Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

8.  MINUM AIR SEJUK SETIAP PAGI
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

9. SUJUD
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

10. MAKAN GUNA TANGAN
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. So, jangan malu dan segan untuk menggunakan tangan untuk makan apatah lagi untuk menjilat jari selepas makan. Tidak melakukan ibadat hanya kerana manusia lain adalah termasuk dalam riak.
Sekian dahulu sahabat sekalian, saya titipkan post ini dengan sepotong hadis sebagai peringatan bersama,
Sabda Rasulullah SAW, "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.”

Tuesday, March 15, 2011

luruskah TIANG kita?


~Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani~


Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”
Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”
Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.”Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?
Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
1. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
1. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Kalau ditanya, semua orang tahu yang solat adalah tiang agama. Malah, yang tak solat pun tahu solat merupakan salah satu rukun Islam. Meskipun telah berkali-kali diingatkan di dalam Al-Quran, kita masih  lalai dalam menyahut seruan solat ini. Ayuh kita renungkan bicara imani yang sentiasa berputar balik, tazkirah buat diri dan sahabat2



Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas sembahyang
Kerja dah best keluarga pun dah senang
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.

Apasal la aku malas sembahyang
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang
Main bola aku sanggup sampai petang
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang
Pagi kita sihat petang boleh kejang
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang
Siksa neraka cuba la aku bayang
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang! 





Sunday, March 13, 2011

Paksi Cinta Kita

Salam Perjuangan, Salam Jihad


 Hari tu, saya telah mendengar ceramah bertajuk paksi cinta daripada Imam Muda Asyraf. Best sangat. Begitu hebat kisah cinta para sahabat terhadap Rasulullah s.a.w. membuatkan ramai yang hadir menitis air mata. Penceritaan yang sangat bagus dan mantap meskipun di usia yang masih muda. Syabas buat Imam Asyraf. secara ringkasnya apa yang saya pelajari pada malam itu adalah cinta sebelum kahwin meskipun 'cinta islamic kononnya' sama sekali tidak pernah diajarkan di dalam Islam. Sebaliknya, islam menganjurkan kita mengkhitbah, kemudian berta'aruf (bertunang) dan bernikah dengan berlandaskan syari'at.


 'Cinta yang Allah tanamkan di jiwa (di saat kita di akadkan) itu jauh lebih baik daripada cinta yang seringkali kita pupuk sendiri.'
coretan hadis 

'Barangsiapa yang memendam rasa cintanya kerana Allah, kemudian dia mati. Maka matinya adalah mati syahid.'
Justeru, ayuh
Pilihlah cinta yang Agung serta 
Ikutlah cinta yang bersyariat kerana
Cinta Allah membawa rahmat,
Cinta Rasulullah memohon syafaat dan 
 Cinta bersyariat membawa ke syurga.

Begitu juga potongan lagu daripada UNIC- atas nama cinta,..
 begitu dalam maksudnya. Syabas buat Bazli UNIC...

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa


Jom kita kongsi khutbah terakhir Imam Asyaraf ketika menyertai Program Imam Muda di Astro