Sunday, February 27, 2011

Bi'ah Solehah@k2

 Segala puji dan syukur dipanjatkan buat Allah SWT, Tuhan yang memiliki sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat baginda. Doa dihulurkan buat para pejuang Islam, serta seluruh ummat Islam, semoga berada di bawah rahmat dan inayahNya.
  
Sesungguhnya amalan yang amat mulia adalah beramal soleh, saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran, itulah golongan yang beruntung sekaligus menyelamatkan dari golongan yang rugi seperti yang difirmankan Allah.

  Biah solehah yang dianjurkan Islam, sewajarnya diamalkan sepenuhnya oleh kita sekaligus memenuhi tuntutan tanggungjawab amar makruf dan nahi mungkar. Saya sangat tertarik dengan Kempen Bi'ah Solehah yang dijalankan di kolej saya. Tuntutan Islam supaya biah yang baik diwujudkan mesti diteruskan dan inilah yang dapat saya katakan mengenai Kempen Bi'ah Solehah yang dianjurkan oleh saudara-saudara saya di Kolej Kedua , UPM dan saya kira kempen inilah yang dinanti-nantikan selama ini oleh seluruh warga kolej 2. Syabas kepada pihak urusetia (yang kebanyakannya terdiri daripada budakmathk2). Firman Allah dalam surah A-Syams, ayat 7- 10 yang bermaksud :

“ Demi jiwa dan penyempurnaannya (ciptaannya), Lalu Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.”
 Setakat yang saya diberitahu, objektif utama kempen ini adalah:
  • jom solat berjemaah di surau
  • menjaga ukhuwah sesama saudara
  • menjaga ikhtilat
insyaallah...

 **komen di atas hanyalah bersifat peribadi dari saya sendiri dan tiada kena mngena dengan pihak urusetia kempen tersebut.

 

2 comments:

  1. As salam. Wani,bole ka fizah ambil artikel ni utk template kolej??? Bole la,bole la.

    ReplyDelete
  2. waalaikum salam.. aam, aam.,boleh saja bha, memang untuk dikongsi bersama pun..

    ReplyDelete