Friday, March 25, 2011

Diet Seimbang Dan Awet Muda Titipan Rasulullah SAW

~Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani~

Kita selalu mengaku Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik namun pada hakikatnya selalukah kita mengikut setiap sunnah yang diajarkan baginda? Selain daripada solat tahajjud, qiamullail dan bertadarus yang merupakan sunnah utama  baginda, setiap gerak laku yang baginda lakukan adalah sangat sempurna kerana sesuai dengan tujuan Rasulullah SAW di utuskan di muka bumi ini sebagai pelengkap akhlak seluruh umat manusia.




Salah satu aspek yang sangat penting dan boleh kita kaitkan dengan timbulnya pelbagai penyakit pada hari ini adalah ketidakseimbangan permakanan yang kita ambil setiap hari. Di sini saya suka untuk berkongsi diet permakanan dan awet muda Rasulullah yang saya kumpul dari pelbagai sumber. Saya juga tidak lupa untuk mendidik diri ini di samping mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk sama-sama mengamalkan amalan permakanan seperti yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW, Habibullah. Hal ini kerana kita berpegang  di dalam rukun iman keempat bahawa setiap perlakuan, pertuturan dan amalan Rasulullah SAW adalah apa yang diilhamkan oleh Allah SWT.

1. MADU
Rasulullah SAW amat menyukai meminum madu dicampur dengan air sejuk sebelum sarapan. Dengan meminum madu sebelum bersarapan memberikan manafaat yang banyak. Madu akan masuk kedalam perut yang kosong. Dalam keadaan ini, tubuh sangat memerlukan zat gula. Oleh itu, jika madu diminum sebelum sarapan, maka zat gula itu akan mula-mula masuk kedalam tubuh. Adapun kegunaan mencampurkan madu dengan air sejuk adalah untuk membantu saluran dan alat penghadaman supaya dapat mencernakan madu itu dalam masa yang singkat. 

Di dalam sunnan Ibni Majah terdapat satu hadis marfu’ yang telah diriwayatkan Abu Hurairah R.A. yang bermaksud 
“Sesiapa memakan madu 3 kali sebulan pada waktu pagi, dia tidak akan ditimpa penyakit yang berat.” 

Apabila madu diminum dengan cara ini, madu itu akan memberi kekuatan kepada tubuh guna membenteras berbagai-bagai jenis penyakit. 

2. KURMA
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: 
“Barangsiapa yang memakan tujuh biji kurma (dari kualiti yang baik) maka ia tidak akan kelemahan dan kelaparan pada hari itu.” 

Anas bin Malik r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersarapan dengan kurma-kurma yang masih segar, sebelum melakukan solat. Jika tidak dengan kurma-kurma yang segar, maka dengan kurma-kurma yang kering, jika tidak dengan kurma-kurma yang kering, maka baginda SAW akan minum beberapa teguk air. 

Rasulullah SAW juga menekankan agar makan malam walaupun dengan segenggam kurma kering. 

3. MAKAN MALAM
Jangan sesekali tinggal makan malam. Sesiapa yg meninggalkan makan malam dia akan cepat tua dan kolesterol dalam badan akan bergandaRasulullah SAW telah bersabda: 
“Meninggalkan makan malam membuatkan seseorang itu cepat tua.” 


4. TIDAK MAKAN GABUNGAN MAKANAN YANG TIDAK SEPADAN

 SUSU + DAGING
DAGING + IKAN
IKAN + SUSU
AYAM + SUSU
IKAN + TELUR
IKAN + DAUN SALAD
SUSU + CUKA
BUAH + SUSU (Contoh : KOKTEL)


5.  BUAH DAHULU BARU NASI
Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.

6. TIDUR SELEPAS MAKAN ?
Tidur 1 jam setelah makan tengah hari. Makan tengahari je tau…

7. MANDI DI AWAL PAGI
Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

8.  MINUM AIR SEJUK SETIAP PAGI
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

9. SUJUD
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

10. MAKAN GUNA TANGAN
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. So, jangan malu dan segan untuk menggunakan tangan untuk makan apatah lagi untuk menjilat jari selepas makan. Tidak melakukan ibadat hanya kerana manusia lain adalah termasuk dalam riak.
Sekian dahulu sahabat sekalian, saya titipkan post ini dengan sepotong hadis sebagai peringatan bersama,
Sabda Rasulullah SAW, "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.”

2 comments:

  1. bgus2.....smnjak 2 menjak kwn nek kpal ni bdan dh nek...so....bgus ni....leh la trun sket...

    ReplyDelete
  2. same-same kita cuba contohi baginda ya...

    ReplyDelete